oleh Sahrolnizam bin Mohd Saari

Saya berusia 48 tahun, berasal dari Teluk Intan , Perak yang dibesarkan dengan dikelilingi kaum Melayu sehinggalah saya mula bekerja di bank pada usia 27 tahun. Di bank, persepsi negatif saya terhadap orang Cina bertambah kuat apabila melihat politik kerja mereka yang sangat kompetitif dan ada kalanya mereka suka “membodek” atau akan meminta untuk dinaikkan pangkat, gaji atau bonus jika tidak diberi atau merasakan mereka patut diberi lebih.  Inilah pemikiran rasis yang saya bawa bersama sewaktu melanjutkan pelajaran ke UK pada penghujung tahun 2002.

Apabila saya bekerja di Royal Mail, UK pada tahun 2003, terdapat ramai juga anak-anak muda Cina dan Melayu Malaysia yang sedang belajar dan bekerja di dalam kilang yang sama. Hampir kesemua anak-anak muda Cina pada masa itu telah diamanahkan untuk menjaga hampir tujuh bahagian penting di dalam kilang pengasingan surat/pakej berdasarkan kecekapan dan kerajinan mereka bekerja walaupun terdapat ramai bangsa lain yang sudah lama bekerja di situ, termasuk orang Melayu Malaysia. Mungkin kebanyakkan orang Melayu yang bekerja di situ adalah dari kalangan “post graduate ataupun pasangan post graduate” yang mana pekerjaan mereka di Malaysia sudah ada dan terjamin, namun bagi saya tetap salah jika tidak bekerja secara jujur atau sebaik yang mungkin. Walaupun pada awalnya saya sangsi bahawa anak muda Cina ini mahu menunjuk-nunjuk rajin di depan boss untuk mendapatkan kepercayaan dan ‘overtime’ lebih tetapi apabila ketiadaan boss pun mereka masih bekerja kuat pada pukul 1-2 pagi, saya mulai menghormati dan menukar persepsi negatif saya terhadap mereka.

Gambar sumbangan penulis

Pada ketika lapang di kilang, saya mulai berbual dan bertanyakan soalan yang lebih peribadi dan memahami mereka dengan lebih baik. Ramai di antara mereka tidaklah terlalu “bertuhankan duit” tetapi terpaksa bekerja kuat kerana keadaan di Malaysia agak tidak kondusif untuk bangsa mereka terutamanya peluang pendidikan untuk anak-anak mereka. Sebagai seorang bapa, saya memahami naluri ibu bapa mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka, terutamanya peluang pendidikan, kerana itu adalah tanggungjawab utama.

Saya tidak ada jawapan kenapa saya dilahirkan sebagai seorang Melayu dan Islam di bumi Malaysia, tetapi saya bernekad untuk terus melakukan kebaikkan dan menegakkan kebenaran sebaik mungkin walaupun tidak disenangi orang dan merugikan diri sendiri. Saya mula libatkan diri dalam aktiviti komuniti sekembalinya pulang dari UK pada tahun 2006. Saya menjadi AJK persatuan penduduk, surau, masjid, sekolah dan lain-lain lagi. Islam membuatkan saya sangat bahagia dan tenang. Saya amat marah apabila ia dipandang serong akibat perbuatan orang Melayu Islam sendiri, terutamanya bila perbuatan tadi kononnya dilakukan kerana agama.

Saya percaya love begets love and it starts with me!

Perihal Penulis – Sahrolnizam bin Mohd Saari, 48 tahun berasal dari Teluk Intan, Perak. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Sheffield Hallam, University. Beliau seorang Pengurus Pemasaran di sebuah kilang pakaian di Seri Kembangan, Selangor.

Beliau aktif dalam aktiviti komuniti bersama Persatuan Penduduk, Surau, Masjid dan Sekolah di Ukay Perdana dan juga bersama Interfaith NGO di Global Unity Network.

Renungan Jam 9 Malam

oleh Charanjit Kaur Jam digital komputer menunjukkan tepat jam 9 malam; hujan lebat membasahi bumi Malaysia sejak petang tadi. Di malam dingin ini, nescafe panas menjadi teman menenangkan minda.  Seperti biasa, laman sosial media turut menjadi teman, akan tetapi hati ini terkilan membaca komen-komen mentah segelintir warga internet. Komen penuh prejudis dan disulami dengan perasaan kebencian –… Continue reading Renungan Jam 9 Malam

Proud to be a Convent Girl in Malaysia

SMK_Convent_Ipoh -wikipedia.org by Amelia Chiang Kar Mun I am a product of a mission school and super proud of it. My primary and secondary school years at Main Convent Ipoh have taught me about the different cultures and religions, and living within a multiracial community. Main Convent Ipoh was opened in 1907 with only eight pupils  and… Continue reading Proud to be a Convent Girl in Malaysia

The “Salad Bowl” of Multicultural Diversity

Photo by Anna Pelzer on Unsplash By Kenneth Lee Tze Wui The other day, I was watching a documentary on YouTube when an iconic patriotic song, Keranamu Malaysia, came on. Its thumping nationalistic beat caught my Thai wife by surprise, and she asked if it was the anthem of my home state, Sarawak. She had heard Malaysia’s national… Continue reading The “Salad Bowl” of Multicultural Diversity

Liberating Minds in Universities

quotes-about-wisdom albert-einstein-quote by Angeline Lesslar After 13 years of education in the controlled and strictly disciplined environments of Malaysian primary and secondary schools, our children enter universities ready to broaden their horizons. Young adults – with minds like sponges – eager to absorb and grow into this next phase of their lives.  Tertiary education will… Continue reading Liberating Minds in Universities

Bengali and I’m Proud of It

rabindranath-tagore-that-will-change-your-life By Swagata Sinha Roy and Aneeta Sundararaj It starts with staring. Then, the licking of lips. Pulling his hands out of his pockets, he summons the forces within and blurts out, “You fair lah. Chinese or what? Indian, ah?”  “Yes. Indian. Bengali.” “Oh…” Scratching his head, he says, “Bengali is what ah? Malaysia got,… Continue reading Bengali and I’m Proud of It