by Dr. Saraswathy Thurairaj
Kesengsaraan yang tidak pernah reda,
Bumi yang kering tak berhujan,
Matahari terik bersinar,
Mengingatkan perut kering.
Kita sedar dalam diri ada nyawa,
Berjalan di bumi Tuhan,
Sebelum datangnya kematian,
Sudah merasai kematian.
Rakyat tidak bertanah,
Berusaha di tanah orang untuk mengisi perut,
Mendodai kelaparan anak menempat dan tercekik jiwa,
Keluhan petani tiada penghujungnya.
Bumi yang kering kontang,
Ibu bapa yang tidak berdaya,
Hanya mengharap,
Belasan yang Maha Esa.
Tangan-tangan yang tidak bermaya,
Penuh harapan dijiwa,
Menanti kehadiran kasih simpatiNYA,
Membela nasib si petani India.
Kegembiran menyerlah,
Keindahan mewarnai hati yang lupa,
Bila hujan membasahi bumi tanaman padi berhasil,
Bumi kehijauan mengkabulkan impian petani.
Indah bumi kerana bahasa,
Cantik budaya kerana seni,
Gembira hati kerana padi menguning,
Perayaan Ponggal dirayakan.
Tanda kesyukuran kepada Tuhan,
Pongallo Pongall!,
Disebut disana sini,
Sebagai tanda berterima kasih.
Akhirnya, rakyat hidup sejahtera,
Keharmonian mengisi sanubari,
Jiwa yang tenang,
Membahagiakan lagi keadaan di kampung.
Kesyukuran kepada tanah suci Malaysia,
Tiada yang lebih membahagiakan lagi,
Kesyukuran kepada Sang Suria,
Jua terpahat dijiwa setiap insan miskin India.
Kegembiraaan serta kesyukuran,
Jua dikongsi bersama lembu di sawah,
Kerana perayaan Ponggol untuk,
Kesejahteraan semua.
Dibumi Malaysia, Melayu, Cina dan India,
Hidup bahagia dan sejahtera,
Walaupun berbilang bangsa dan agama,
Keharmonian dan perpaduan sentiasa terserlah.
Malaysia negaraku,
Malaysia nafasku,
Malaysia kesyukuranku,
Terima kasih kepada negara tercinta.
About the Author – Dr. Saraswathy Thurairaj is an Assistant Professor at the Department of Modern Languages (DML), Faculty of Creative Industries (FCI), Universiti Tunku Abdul Rahman.